KENALI ABDUL KARIM AHMAD DAN LAILA ABDULLAH
![]() |
Abdul Karim Ahmad |
Abdul Karim Ahmad lahir pada 28 Julai 1924 di Gombak Selangor. Beliau berketurunan Minangkabau . Bapanya bernama Ahmad bin Likun dan ibunya bernama Fatimah binti Pasah. Adik beradiknya adalah seramai 8 orang iaitu Abdul Rahman, Nordin, Halimah, Raemah, Rasmah, Hashim, Abdul Aziz dan Maznah. Semasa dilahirkan nama yang diberi kepada Abdul Karim adalah Isa, namun ketika kecil ia selalu demam dan ditukarkan namanya kepada nama sekarang. Beliau meninggal dunia pada tahun 1989.
Laila Abdullah adalah anak bongsu kepada Abdullah Abdul Jalil dan Zainab Malim Kaya. Beliau lahir pada tahun 1929 di Batang Kali Selangor. Bapanya berketurunan Bugis manakala ibunya berasal dari Teluk Intan dan berketurunan Minangkabau. Adik-beradiknya seibu sebapa ialah Laili dan Kamaruzaman . Beliau mempunyai 3 orang kakak tiri. Beliau meninggal dunia pada tahun 1993.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteNama saya Azman.
Saya ada moyang, yang juga bernama Malim Kaya, dan dikatakan berasal dari Bukit Tinggi Sumatera.
Moyang saya mempunyai 3 org anak. Salah satunya bernama Zainab. Zainab ini ada mempunyai 2 adik beradik lelaki. Sekurang-kurangnya satu daripada mereka ini telah lahir di Batang Kali.
Saya ingin tahu sedikit lebih tentang moyang tuan yang bernama Zainab ini. Sebab kami sedang mencari salasilah kami juga, dan ia terberhenti di Malim Kaya.
Harap tuan tidak keberatan untuk berkongsi sedikit maklumat. Email saya adalah azman.abdulaziz@gmail.com
Terima kasih.
Wassalam.
Salam. Zainab bukan moyang tetapi opah saya. Latar belakang opah , saya tidak berapa tahu. Tetapi nanti saya akan tanya satu2nya anak lelakinya yang bernama Kamaruzzaman yang menetap di Taiping. Mungkin beliau boleh bagi maklumat tentang moyang Malim Kaya ini. Bila ada maklumat insy. saya akan kongsi bersama.
ReplyDelete