Wednesday, July 28, 2010

Kenali Mereka


Ayah dan Emak Opah Laila.

               Hj Abdullah Ab Jalil.
Ahmad bin Likun dan Fatimah binti Pasah berasal dari Gombak, Selangor. Kedua-dua mereka adalah pesawah. Dari perkahwinan mereka memperoleh 9 orang anak iaitu Ab Rahman, Nordin, Halimah, Ab Karim, Raemah, Rasmah, Hashim, Ab Aziz dan Mazanah.Datuk Ahmad adalah Tok Sidang di Kampung Batu Lima Gombak .Tok Ahmad ada adik beradik tetapi tidak diketahui. Nenek Fatimah ada seorang kakak yang telah berkahwin dengan Dato' Haji Mohd Sidin seorang pendidik di Kelang.Ayah nenek, Pasah, merupakan generasi pertama nenek yang datang ke Tanah Melayu ketika itu. Mengikut cerita ayah Karim, Onyang Pasah banyak ilmu mempertahankan diri. Ia boleh tahu makanan yang diberi orang boleh dimakan atau sebaliknya (kadangkala orang berniat jahat). Onyang Pasah pernah digigit sekumpulan tebuan tanah namun kembali pulih kemudian.
Haji Abdullah Abdul Jalil berasal dari Rasah , Hulu Selangor. Dia mempunyai seorang kakak bernama Halijah dan seorang adik lelaki. Adik lelakinya mati dalam usia muda semasa zaman Jepun. Perkahwinan datuk Hj Abdullah dengan Opah Zainab merupakan perkahwinannya yang pertama dan beliau mempunyai tiga orang anak dari perkahwinan itu iaitu Laili(Mak Uda), Kamaruzaman (Pak Cik Kamar)dan Laila (emak kita) . Setelah itu ia berkahwin lagi dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kita panggil Mak Wok(nama sebenar tak ingat). Tok Haji Abdullah mewarisi banyak harta dari keluarganya. Di Batang Kali ,rumahnya adalah rumah kayu bertangga batu. Genting atapnya dibawa dari England . Semasa Jepun berada di Batang Kali, mereka telah menggunakan rumah datuk sebagai markas mereka. Di rumah datuk ketika itu ada organ dan peti suara.Opah Laila dan Pak Cik Kamar sering menggunakan peti suara itu selain bermain organ. Pak Cik Kamar mempunyai piring hitam penyanyi Barat dan tempatan yang disimpan dalam rumah datuk. Datuk juga ada kereta. Pak Cik Kamar pernah bercerita bahawa jika datuk Abdullah hendak makan ikan dia akan memandu keretanya dari Batang Kali ke Kuala Lumpur untuk membelinya. Datuk Abdullah semasa hidupnya suka pergi menangkap ikan. Kadangkala dia menggunakan bom ikan untuk mendapatkan ikan. Tangan kanan datuk Haji Abdullah kudung kerana tidak sempat melepaskan bom dari tangannya ketika menangkap ikan. Datuk Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur dalam tahun 1970an kerana sakit tua.
Opah Zainab pernah berkahwin sebanyak tiga kali, pertama dengan Salim , kedua dengan Sani (ayah Pak Lang Yahya bin Sani) dan kemudian dengan datuk kita Abdullah Abdul Jalil. Perkahwinan opah dengan Salim menghasilkan Mak Long, Mak Ngah Putih dan Mak Lang Rahmah. Perkahwinan dengan Tok Salim berakhir setelah Tok Salim tidak dapat dikesan semula setelah pergi ke Indonesia atas urusan perniagaan. Jodohnya dengan Tok Sani pula, sekejap sahaja kerana tiada keserasian manakala dengan Tok Abdullah, perkahwinannya kekal sepanjang hayatnya. Semasa hidupnya opah Zainab berkawan karib dengan Puan Kontek Kamariah yang merupakan nazir sekolah ketika itu. Puan Kontek Kamariah mempunyai kereta sports MG dan dia sering membawa opah bersama untuk menemaninya. Opah Zainab juga suka berniaga dan antara yang diniagakan kata emak adalah intan dan berlian. Opah Zainab merupakan anak sulung dari lima orang adik beradik, dua perempuan dan tiga lelaki. Adik perempuan opah Zainab meninggal dunia dalam usia muda dan meninggalkan seorang anak lelaki bernama Jaafar.Oleh kerana Pak Jaafar adalah anak tunggal, maka opah Zainab memanggilnya Unggai. Opah Zainab membela Pak Unggai sejak kematian ibunya. Semasa hayatnya, opah Zainab sering melawat keluarga kita yang ketika itu duduk di Kelang Selangor.Kalau opah Zainab datang dia mesti membawa biskut kesukaan cucu-cucunya semua iaitu biskut wafer. Dia akan berada dengan kita selama lebih kurang seminggu dan kemudian balik semula ke Batang Kali.


Inspirasi untuk Karim Clan

Berikut adalah kejayaan-kejayaan Tok Karim dan Opah Laila semasa hidup mereka. Tok Karim berjaya dalam bidang perguruan dan pergerakan pengakap. Tok Karim pernah menjadi Tokoh Guru Daerah Sepang dan Tokoh Guru Negeri Selangor. Beliau juga pernah menjadi Pesuruhjaya Pengakap negeri Selangor dan mewakili Malaysia di Jamboree Antarabangsa di Bangkok, Thailand, Cairo Egypt , Filipina dan Indonesia. Oleh kerana jasanya kepada negara dan negeri Selangor, beliau telah dikurniakan pingat Pingat Pangkuan Negara, Pingat Ahli Mahkota Selangor dan Pingat Jasa Kebaktian. Opah Laila walaupun hanya seorang suri rumah berjaya dalam bidang masakan . Opah menang dalam pertandingan masakan peringkat negeri Selangor.

L - R Menerima PPN Menerima AMS

L-R Potongan akhbar NST 1987 Bersama Dr Mahathir




Sunday, July 25, 2010

Tahniah kepada Akmal, Hamzi dan Fitri.

L-R : Fitri, Hamzi ,Akmal
Tahniah Akmal, Hamzi dan Fitri kerana telah berjayamendapat Ijazah dan diploma dalam bidang yang diikuti. Akmal dan Hamzi kedua-duanya dalam Bachelor of Education (TESL) manakala Fitri Diploma in Investment Analysis. Hamzi sedang menyambung pelajaran dalam MBA di MSU Shah Alam dan Fitri sedang mengikuti Bachelor in Finance di UiTM Shah Alam.

Tahniah kepada Aiman Khairudin.

Aiman menerima sijil dari menteri Pelajaran  Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Tahniah! Aiman. Kami semua dalam Keluarga Karim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Aiman kerana telah berjaya mendapat Anugerah Kepimpinan Pelajar . Pengiktirafan ini sangat menggembirakan kami semua dalam keluarga Karim. Semoga sifat kepimpinan yang wujud dalam Allahyarham Abdul Karim Ahmad dan Allahyarham Jaafar, kedua-duanya datuk Aiman mengalir dalam Aiman pula. Semoga selepas ini Aiman lebih gigih bukan sahaja dalam kepepimpinan tetapi dalam bidang akademik juga. Cucu-cucu Allahyarham Abdul Karim, jadikanlah peristiwa ini sebagai pembakar semangat yang sihat agar mencontohi jejak langkah Aiman dalam kepepimpinan. Aiman sedang mengikuti Diploma di UTM.

Saturday, July 24, 2010

Barbecue di Rumah Mak Lang B.B.Bangi

23 Julai 2010, 10.30pm.
Semua orang datang lambat - 10.30 malam. Acik kata nak datang petang tapi jam teruk dekat MRR2 sampai ke Cheras. Tapi elok juga lambat sikit sebab barbecue pit meragam pulak. Anyway all went well and it was lovely. I hope everybody was happy. Semua orang balik lebih kurang 2.00 pagi. Lambat sikit sebab cari sandal Nishad hilang. Absentees: Along on a field trip with students, Ali in Sudan, John as usual, Aiman in campus. Otherwise 100%. Lepas ni kita buka puasa first day rumah Mak Ngah, ok tak?


My lovely sons........Fahmi dan Faizi
Both brothers working together to light up the fire.
All my sons...Fitri, Fahmi, Faizi and Fadhli.

Fitri, AG, Pak Teh , Hamzi makan lamb BBQ

Fitri dan Fahmi

Hamzi,Pak Lang and Fitri

L-R : Fitri, Hamzi and Akmal

Nishad tak kisah fasak BBQ ke....sandal hilang ke...
Dia kisah cukup time, tidur.

THE END