Ayah dan Emak Opah Laila.

Hj Abdullah Ab Jalil.

Hj Abdullah Ab Jalil.
Ahmad bin Likun dan Fatimah binti Pasah berasal dari Gombak, Selangor. Kedua-dua mereka adalah pesawah. Dari perkahwinan mereka memperoleh 9 orang anak iaitu Ab Rahman, Nordin, Halimah, Ab Karim, Raemah, Rasmah, Hashim, Ab Aziz dan Mazanah.Datuk Ahmad adalah Tok Sidang di Kampung Batu Lima Gombak .Tok Ahmad ada adik beradik tetapi tidak diketahui. Nenek Fatimah ada seorang kakak yang telah berkahwin dengan Dato' Haji Mohd Sidin seorang pendidik di Kelang.Ayah nenek, Pasah, merupakan generasi pertama nenek yang datang ke Tanah Melayu ketika itu. Mengikut cerita ayah Karim, Onyang Pasah banyak ilmu mempertahankan diri. Ia boleh tahu makanan yang diberi orang boleh dimakan atau sebaliknya (kadangkala orang berniat jahat). Onyang Pasah pernah digigit sekumpulan tebuan tanah namun kembali pulih kemudian.
Haji Abdullah Abdul Jalil berasal dari Rasah , Hulu Selangor. Dia mempunyai seorang kakak bernama Halijah dan seorang adik lelaki. Adik lelakinya mati dalam usia muda semasa zaman Jepun. Perkahwinan datuk Hj Abdullah dengan Opah Zainab merupakan perkahwinannya yang pertama dan beliau mempunyai tiga orang anak dari perkahwinan itu iaitu Laili(Mak Uda), Kamaruzaman (Pak Cik Kamar)dan Laila (emak kita) . Setelah itu ia berkahwin lagi dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kita panggil Mak Wok(nama sebenar tak ingat). Tok Haji Abdullah mewarisi banyak harta dari keluarganya. Di Batang Kali ,rumahnya adalah rumah kayu bertangga batu. Genting atapnya dibawa dari England . Semasa Jepun berada di Batang Kali, mereka telah menggunakan rumah datuk sebagai markas mereka. Di rumah datuk ketika itu ada organ dan peti suara.Opah Laila dan Pak Cik Kamar sering menggunakan peti suara itu selain bermain organ. Pak Cik Kamar mempunyai piring hitam penyanyi Barat dan tempatan yang disimpan dalam rumah datuk. Datuk juga ada kereta. Pak Cik Kamar pernah bercerita bahawa jika datuk Abdullah hendak makan ikan dia akan memandu keretanya dari Batang Kali ke Kuala Lumpur untuk membelinya. Datuk Abdullah semasa hidupnya suka pergi menangkap ikan. Kadangkala dia menggunakan bom ikan untuk mendapatkan ikan. Tangan kanan datuk Haji Abdullah kudung kerana tidak sempat melepaskan bom dari tangannya ketika menangkap ikan. Datuk Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur dalam tahun 1970an kerana sakit tua.
Opah Zainab pernah berkahwin sebanyak tiga kali, pertama dengan Salim , kedua dengan Sani (ayah Pak Lang Yahya bin Sani) dan kemudian dengan datuk kita Abdullah Abdul Jalil. Perkahwinan opah dengan Salim menghasilkan Mak Long, Mak Ngah Putih dan Mak Lang Rahmah. Perkahwinan dengan Tok Salim berakhir setelah Tok Salim tidak dapat dikesan semula setelah pergi ke Indonesia atas urusan perniagaan. Jodohnya dengan Tok Sani pula, sekejap sahaja kerana tiada keserasian manakala dengan Tok Abdullah, perkahwinannya kekal sepanjang hayatnya. Semasa hidupnya opah Zainab berkawan karib dengan Puan Kontek Kamariah yang merupakan nazir sekolah ketika itu. Puan Kontek Kamariah mempunyai kereta sports MG dan dia sering membawa opah bersama untuk menemaninya. Opah Zainab juga suka berniaga dan antara yang diniagakan kata emak adalah intan dan berlian. Opah Zainab merupakan anak sulung dari lima orang adik beradik, dua perempuan dan tiga lelaki. Adik perempuan opah Zainab meninggal dunia dalam usia muda dan meninggalkan seorang anak lelaki bernama Jaafar.Oleh kerana Pak Jaafar adalah anak tunggal, maka opah Zainab memanggilnya Unggai. Opah Zainab membela Pak Unggai sejak kematian ibunya. Semasa hayatnya, opah Zainab sering melawat keluarga kita yang ketika itu duduk di Kelang Selangor.Kalau opah Zainab datang dia mesti membawa biskut kesukaan cucu-cucunya semua iaitu biskut wafer. Dia akan berada dengan kita selama lebih kurang seminggu dan kemudian balik semula ke Batang Kali.
I am glad that gambar datuk-nenek kita dah di postkan. Harap2 cucu-cicit Tok Karim will appreciate and will continue this commendable effort mooted by Madam Editor, Mak Lang. Hopefully this blog will bring us close together more than before, and eventually strengthen our family ties more than ever. Thanks again, Madam Editor.
ReplyDeleteSalam. Kalau gambar yg bawah itu adalah ibu kepada Zainab Malim Kaya, maka namanya adalah Maimunah. Tak tau pula yang Allahyarhamah bergerlar Opah Debab.
ReplyDeleteTerima kasih keatas butir maklumat yg berharga.
azman.
Salam,
ReplyDeleteSila ke Facebook group ANAK CUCU CICIT TOK RAHMAN MALIM KAYA di http://www.facebook.com/group.php?gid=116941351671424 dan click Request To Join.
Salam. Maaf banyak bertanya.
ReplyDeleteAdakah puan mempunyai gambar Tok Malim Kaya bersama dengan isterinya? Atau gambar beliau seorang? Kami ingin sangat hendak melihat wajah TOK MALIM KAYA yang kami sangat sayangi, tetapi tidak kenali....
Salam.
ReplyDeleteMungkin nama Opah Debab yang digelar oleh arwah emak (Laila) adalah kerana opah tu berbadan gempal sikit. Itu usikan semata-mata, hanya nak bezakan opah yang mana...
Saya ada terjumpa facebook Malim Kaya di SEJARA tapi saya tak masuk. Ingin juga nak tengok, kot-kot ada yang kenal..
Gambar Tok Malim Kaya tiada dalam simpanan kami. Kalau ada dapat nanti kita akan upload.
ReplyDeleteAdakah tuan-puan mempunyai family tree, yang boleh dikongsi?
ReplyDeleteCuba tuan-puan ke website ini dan browse keluarga kami. Untuk pengetahuan, saya telah masukkan nama2 keluarga Karim Clan ini di dalam family tree di situ: http://abutaufan.familytreeguide.com/desctracker.php?trail=I105%2CF044%2CI087&tree=malimkaya
Facebook saya ialah http://www.facebook.com/profile.php?id=100000972816212
Facebook Tok Malim Kaya ialah http://www.facebook.com/group.php?gid=116941351671424
Wassalam.
Salam. Permisi saya guna gambar Allahyarham untuk dimuatkan dalam Facebook Group ANAK CUCU CICIT TOK RAHMAN MALIM KAYA.
ReplyDeleteSaya guna dulu, ya?
Silakan. Tiada masalah.
ReplyDelete