Saturday, July 24, 2010

Barbecue di Rumah Mak Lang B.B.Bangi

23 Julai 2010, 10.30pm.
Semua orang datang lambat - 10.30 malam. Acik kata nak datang petang tapi jam teruk dekat MRR2 sampai ke Cheras. Tapi elok juga lambat sikit sebab barbecue pit meragam pulak. Anyway all went well and it was lovely. I hope everybody was happy. Semua orang balik lebih kurang 2.00 pagi. Lambat sikit sebab cari sandal Nishad hilang. Absentees: Along on a field trip with students, Ali in Sudan, John as usual, Aiman in campus. Otherwise 100%. Lepas ni kita buka puasa first day rumah Mak Ngah, ok tak?


My lovely sons........Fahmi dan Faizi
Both brothers working together to light up the fire.
All my sons...Fitri, Fahmi, Faizi and Fadhli.

Fitri, AG, Pak Teh , Hamzi makan lamb BBQ

Fitri dan Fahmi

Hamzi,Pak Lang and Fitri

L-R : Fitri, Hamzi and Akmal

Nishad tak kisah fasak BBQ ke....sandal hilang ke...
Dia kisah cukup time, tidur.

THE END


9 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Nama saya Azman Abdul Aziz.
    Moyang saya adalah Tok MALIM KAYA. Dan tok saya adalah ABDUL RAHMAN BIN MALIM KAYA. Kakaknya ZAINAB MALIM KAYA.

    Salah seorang anaknya bernama LAILA.

    Saya rasa saudara-saudari adalah dari moyang yang sama. Boleh tak sampaikan mesej ini kepada yang berkenaan.

    Saya sedang membuat Family Tree untuk Tok MALIM KAYA, termasuk anak-anaknya ZAINAB, MOHD RASHID, ABDUL RAHMAN dan IBRAHIM.

    Harap saudara-saudari balas komen saya ini, InsyaALLAH.

    email saya adalah seperti berikut:
    azman.abdulaziz@gmail.com.

    atau sila ke FB kami di http://www.facebook.com/group.php?gid=116941351671424

    Wassalam.

    Azman.

    ReplyDelete
  2. Insyallah. Rasanya Abdul aziz dan Isa adalah adik beradik betulke? Dan Abdul Aziz pernah bekerja sebagai pegawai kastam di Pulau Pinang. Betul ke?

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya cuba hantar e mail menggunakan address yang diberi tetapi tak boleh send. ada error.

    ReplyDelete
  4. Salam. Ya, benar. Abdul Aziz adalah abang sulung pada Mohd Isa, yang nombor 7, insyaAllah.

    Bapa saya, Abdul Aziz, memang pernah kerja dgn Kastam, seluruh semenanjung.

    Tapi dia telah dipanggil Allah, pada 27 Jan 2007, di TTDI, Kuala Lumpur. Dia berumur 76 tahun.

    Email saya memang azman.abdulaziz@gmail.com. Saudara boleh juga cuba azman0123@gmail.com.

    Tapi kalau saudara ada Facebook, boleh cari saya dgn nama Azman Abdul Aziz.

    P/S: Siapakah gerangan yang mengendalikan blog ini?

    ReplyDelete
  5. Salam. Ha...kalau begitu memanglah kita bersaudara. semasa Karim sekeluarga pergi ke Penang dalam tahun 1969 kalau tak silap ,rasanya kita sekeluarga ada pergi ke rumah Pak Aziz di Penang. Tapi lepas tu tak ada jumpa dah dengan Pak Aziz. Kita selalu jumpa dengan Pak Isa, kerana Pak Isa duduk rumah Mak Lang Rahmah di Jalan Conlay, yang sekarang ini dah jadi Restoran Saloma. Mak Lang Rahmah berkahwin dengan Pak Lang Yahya. Sekarang ni adik beradik emak yang masih hidup ialah Pak Cik Kamar saja.
    Kalau ikut cerita emak, opah Zainab berkahwin tiga kali. Dari perkahwinan pertama dengan Mohd Salim, beliau mempunyai tiga orang anak. Yang sulung tak ingat nama, yang kedua Putih dan bongsu ialah Rahmah. Kemudian dia berkahwin sekejap dengan seorang lelaki (nama tak tahu) tetapi bercerai. Kemudian baru berkahwin dengan Hj Abdullah , dan mendapat tiga orang anak, Laili, Kamaruzaman dan Laila.

    ReplyDelete
  6. Saya adalah Khairiah Ab Karim. Anak ketiga Laila dan Ab Karim. Saya dan Keluarga ada dalam blog ini

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.

    Kalau begitu, kita ni pangkat sepupu kedua(?) - second cousins. Khairiah lahir pada 1957, dan saya pada 1958, di Singapura, ketika abah saya 'Pak Aziz' bekerja di sana. Saya dan adik saya Azimah lahir di Singapura. Mungkin ada pernah ke sana pada tahun2 1958-1961?

    Saya akan postkan komen Khairiah di FB Tok Malim Kaya.

    Khairiah ada account Facebook? Kalau ada boleh minta join kami di group ini. Harap secepat mungkin.

    Terima kasih keatas kesudian memberi segala info yg saya baca di atas. Harap ada lagi maklumat yang kita boleh share.

    Apa2 maklumat yg Khairiah ingin tahu, sila beritahu.

    FYI, di comment yg lain, ada saya berikan website family tree yg telah saya buat. Sitenya ialah di http://abutaufan.familytreeguide.com/desctracker.php?trail=I105%2CF044%2CI087&tree=malimkaya

    Terima kasih, sekali lagi.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  8. Now you can see that this blog can trace people to their roots..great isn't it?

    ReplyDelete